Thursday, May 3, 2012

MALAS itu menakutkan?

Assalamualaikum

readers and followers. kaifa halukum? 



sekian lame blog tak berupdate. sibuk ngan rutin harian bercampur malas. yeah. MALAS. tu point utama untuk ape yang aku nak sampaikan dalam entry kali ni. 

"MALASnye nak gi kuliah + ngadap assignment"
"MALASnye nak turun makan kat cafe"
"MALASnye nak bangun time awal pagi"

and segala malas. tipu la kalau kata2 tu tak pernah terungkap dari mulut korang. kan? kan?

lepas seharian ade kuliah, aku bersantai di bilik sambil bace komik. salah satu tajuk komik tu
'permulaan sebuah penamat'

the story begin 

*****************



Ayumi rase ade yang tak kena bile ramai classmatenya yang datang lambat atas alasan malas nak bangun. macam dah berpakat. tapi dia tak layan perasaan tak sedap hati tu. abis je kelas, cikgu dia bagitau yang kawan baik dia, Minako, accident. so bila sampai kat hospital, nurse kat kaunter informasi tu pulak malas nak layan dia. siap suruh cari sendiri wad kawan dia. Ayumi fikir maybe sebab dia still budak, so nurse tu taknak layan dia.



sampai kat wad Minako, dia dikejutkan dengan alasan Minako lak. Minako tak bagitau dia pasal accident tu sebab dia malas nak call Ayumi. mak Minako pulak cerita kat Ayumi yang Minako accident sebab pemandu kereta tu bagi alasan, malas nak tekan brek. situasi kat hospital pun da rase lain sebab pesakit tekan butang banyak kali, tapi nurse tetap tak datang. pemalas punye nurse.



dalam sekelip mata hospital berubah jadi tempat yang kotor, tak terurus dan nampak menyeramkan. orang accident pun takde sape nak setelkan. dia pun terus blah dalam keadaan cuak. sampai je kat rumah, dia ceritakan apa yang berlaku kat mama dia. mama dia nasihatkan suruh tido and jangan fikir sangat. ape yang buat dia berdebar, dia dengar mama mengeluh malas.



esoknye situasi jadi makin pelik. mama dia malas nak bangun, orang malas nak jalan kaki pegi kerja, driver bas malas nak berhenti kat setiap stesen. sudahnya, dia terpaksa berjalan kaki pegi sekolah. paling takleh blah,  bile dia terserempak dengan bomba yang hanya duduk memerhatikan rumah terbakar. alasan yang sama, malas nak buat kerja. sampai la tahap dia jumpe orang yang dah malas nak bernafas. erk. 

aku tak pernah terfikir menjadi malas adalah perkara yang menakutkan

kononnya dia jumpa la punca yang menyebabkan semua orang kat bandar jadi malas. tapi bile nak musnahkan benda tu, dia tiba2 menjadi malas. so it end up with no solution. 

permulaan malas itu adalah penamat bagi mereka.

the end

*************

go. go. lawan malas tu. fight oh!

camtu la jugak dalam kehidupan kita. malas dah jadi sebati dalam hidup kita, tanpa disedari. even melalui kata2 or perbuatan kita. itu normal. bile dah malas, ape pun tak boleh. kerja jadi tak sempurna. kadang2 jadi tak ikhlas nak wat kerja tu. mengeluh dan merungut. salahkan orang lain. situasi jadi tegang. rase jeles bile tengok orang lain rilek je bersantai. possibility nak bertangguh2 tu tinggi. bile dah bertangguh, boleh jadi stress sebab kerja yang lain datang bertubi2. bile dah stress, macam2 boleh berlaku. hehh. dugaan! 

malas + tak ikhlas = kerja sambil lewa + penat je dapat = tak puas ati

so kawan2 sekalian. malas tu normal. tapi kalau tak kawal, heh. effect negative yang banyak datang. sendiri tanggung la. kadang2 malas tu sampai menyusahkan orang lain. grr. rase malas yang menggunung sekalipun,cube la ikhlaskan diri. sedar tanggungjawab kita. ahah. aku paham. bukan senang. ni tengah nasihat diri sendiri jugak la ni. haha. 

ikhlaskan diri dalam membuat sesuatu perkara. insyaAllah, perasaan malas tu akan berkurang.


malasnye nak update blog. boleh? boleh? hikhik. pangggg~

sampai sini je lah. aku nak menikmati minggu2 terakhir untuk submit assignment. haha.



*jangan malas untuk tunaikan kewajipan kita tau  =)


:baby
thanks for reading. syukran 'ala qiraatukum.


ma'as salaamah wa ilal liqa'



Syerah Meteora

17 comments

May 3, 2012 at 4:16 PM

kamen rider Meteor!

May 3, 2012 at 10:49 PM

Menakutkannya bila dipikir2 ..bila seme org malas,perkara yg buruk terjadi..brr :sejuk

May 4, 2012 at 7:29 AM

Rasukan Siluman! :macho Droppu ada komik tu! :)

Selalu jadi gamba no 1 tuh.. Malas makan.. =.='

May 4, 2012 at 4:16 PM

wakakka..menakutkan betul.. hek hek hek .. =P

May 6, 2012 at 10:11 AM

@unGu

kamen rider meteor tak pemalas oke! haha

May 6, 2012 at 10:12 AM

@ReYnn

kan? kan? semua jadi tak terurus. :mati

May 6, 2012 at 10:14 AM

@dRopPuc!noo™

hahaha. best kan? klu pasal makan, syerah rajin. XD

May 6, 2012 at 10:15 AM

@Yuu Hidayu

menakutkan bile yuuuuu malas belanje syerah domino. hahaha XD

July 4, 2012 at 2:31 PM

malas nak komen boleh =P kalau betul2 orang jadi malas macam dalam cite tu, taktau r ape nak jadi.. tapi malas gak nak amek tau sebenarnye =P

September 23, 2012 at 3:43 PM

aihh jangan malas-malas dik!

October 24, 2012 at 5:47 PM

apa mls2 ni heiiii hahahahaha

November 26, 2012 at 1:26 PM

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

November 26, 2012 at 1:26 PM

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

November 26, 2012 at 1:27 PM

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

November 26, 2012 at 1:27 PM

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

November 26, 2012 at 1:27 PM

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

November 26, 2012 at 1:30 PM

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

Post a Comment
Copyright © 2012 Reserved To Syerah Meteora
Design By Budak Comel