Assalamualaikum....=)
resders and followers...kaifa halukum??
Alhamdulillah..malam ni aku berkesempatan untuk mengupdate entry. entry bukan sebarang entry. bace tajuk tu sambil senyum okay.
hadis yang aku nak kongsi kali ni :
1. SETIAP AMALAN BERMULA DENGAN NIAT
Daripada Amirul Mu'minin Abu Hafs Umar bin Al-Khattab Radiyallahu 'anhu, katanya: "Aku telah mendengar Rasulullah Sallahllahu 'alaihi wasallam bersabda: " Sesungguhnya segala 'amalan-amalan itu bermula dari niat-niat dan sesungguhnya bagi setiap seorang itu (ia akan memperolehi berdasarkan) untuk apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah untuk Allah dan RasulNya dan barangsiapa hijrahnya untuk maksud dunia, maka ia maksudnya itu akan terpenuhi atau kerana seorang wanita, maka ia akan mengahwininya. Oleh yang demikian hijrahnya adalah berdasarkan kepada maksud apa hijrah itu dilakukan (riwayat Bukhari Muslim)
2. MENGHAPUSKAN KEMUNGKARAN DAN BIDA'AH
Daripada Ummul Mu'minun Ummu 'Abdullah 'Ai'syah Radhiyallahu 'anha katanya: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda : "Barangsiapa yang mengadakan pembaharuan dalam urusan kami ini (agama) yang bukan bersumber darinya (sunnah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam), maka ianya tertolak." ( Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)
sumber: kitab syarah hadith 40 imam nawawi
tag:
moga2 aku dan yang lain dapat pengajaran dari hadis2 di atas....=)
ma'as salaamah wa ilal liqa'
1 comment
thanks syera..terbaik ^^.. tq sudi join..nanti sapik listkan dalam entri khas k..semoga kita sama2 dapat manfaat dengan menyebarkan sabda Rasulullah ni..amin.. :)