Assalamualaikum..=)
readers and followers sekalian..kaifa halukum?
erghh..sebenarnye aku rase serba salah gak. aku kene KUTUK blog orang ok. aku ni ape la sangat nak kutuk2 blog orang ni. sebenarnye lebih kepada review. saje je kan wat ayat gempak. hehe. siyes aku tak pandai nak kutuk2 ni. kalau bab memuji boleh la kot serah kat aku. aku boleh puji tuan blog tu sampai kembang lubang hidung sebesar treler.
tapi takpelah. kutuk bukan sebarang kutuk. kutuk superb dabomm dapat hadiah. hadiah bukan sebarang hadiah. lepas laa bajet aku nak jelajah Marikh.
thank you banyak2 kak naqiah sayang sebab tag syerah
setelah aku mengkaji, meneliti dan menggodek mengikut akta2 yang berkaitan. maka aku dah dapat bukti dan hujah bagi mendakwa AbdulFarique di bawah Blogger Constitution. ya, anda didapati bersalah. sila hadirkan diri anda ke Mahkamah Blogger. now!
sebelum ni dah ramai peguam yang dipanggil bagi membentangkan hujah mereka. persaingan sangatlah sengit walaupun masing2 mempunyai objektif yang same. hujah mereka sangatlaa hebat dan superb duper super ring riang.
oleh kerana kes ini telah tersebar luas yang mana tertuduh sendiri yang menentukan keputusannya, maka begitu ramai sekali yang ingin mengenal beliau. pakcik google sendiri begitu murah hati menyumbangkan bantuan. sukahatinya aku menempekkan gambar beliau yang kelihatan kacak bergaya. tadaa...!!
macho tak beliau?
bersediakah anda untuk dibicarakan? jangan panik jangan gelabah. anda penentu hidup mati blog anda. okeh ayat tak boleh blahh..
________________________________________________
Yang Arif..izinkan saya memulakan hujah yang pertama.
-mula2 sekali aku masuk blog orang, aku memang suke tengok header. maybe sebab aku takde header so aku pegi la cuci2 mata kat blog orang. first impression aku bile masuk blog farique, uwahh..jarang kot aku tengok header blogger laki macam ni. agak kebudak-budakan. agaknye maybe beliau nak ceritakan zaman kanak2 riang ribena beliau. ok..aku pun bace la.
wallaweh..rupenye blog ni macam ABC. macam2 ade. ASTRO pun takleh cari makan kot bile bace blog beliau. header ni tak berape sesuai la dengan entry2 beliau. so, sile la tukar header blog anda. ubah kepada gaya yang stylo mylo yang selari dengan gaye anda. tapi aku paham..beliau sayang nak main ubah2 header kan?kan?ngaku je la.
-ade lagi ni. band yang tengah berjamming kat tengah2 padang tu. ade ke patut biarkan dorang macam ulat gonggok kepanasan. sian dorang. bagi la khemah ke. sponsor air ke. jangan jadi kejam .atau aku dakwa anda agi di bawah Akta Kanun SeksaMeksa 1709.
-sile pilih tagline yang bersesuaian dengan blog anda. cari la yang market2 sket. yang macam gud2 je pun takpe. aku tak berkenan dengan tagline tu. haha. suke hati aku je kan. bese2 sudaa. anda kan marvellous.
_________________________________________________
Yang Arif..saya nak teruskan hujah yang kedua
-ape agi kalau bukan shoutbox. aku ni dahla suke tempek tandatangan aku kat kat blog orang. kartun shoutbox tu dah cumil. cumil sungguh sampai aku pun terharu tengok. alih2 bile klik, kene tab baru..hadoii..dahla aku bukak banyak tab. ni nak tambah dengan satu agi. rase nak penyek2 je kartun tu. terima kasih kat berukband aku sebab tak pernah semput2 agi. boleh laa aku sign otograf aku kat blog beliau. ngehehe
-so bile aku berjaya masuk ke shoutbox beliau,arghhh...kedai tutup la pulak!! dahla tinggalkan kat aku air kotak yang dah expired. sedih aku. sob3. lain kali bagi la mocha ke..latte ke..coconut shake pun da ok. kotak jeritmerit ni maybe ade kelebihan bile bukak kat new tab. tapi aku tak suke. lalala..so take it serious. fikir masak2 sampai rentung.
________________________________________________
Yang Arif, harapnye tidak tertidur mendengar hujah2 saya ni
yang ni style ape erh? hierarchy ke? patutnye yang the latest kene la tonjolkan. so readers boleh pilih tajuk2 yang dia rasakan menarik. kalau tengok yang ni..aku pun malas gak nak cari. tapi aku kene la rajin2 kan diri untuk godek2 blog ni. name pun nak review kan.
-tak silap aku yang bulan april tu ade entry yang bahasekan diri sebagai 'ana' kan? hehe. bagusnye.
-aku tercari2 gak ape yang aku nak tulis pasal bahagian entry..setakat ni aku tengok ok je. ayat je la skema. maklumlah..entry SEO. er..betulkan kalau aku silap. ni la jadinye bile blogger picisan macam aku nak review blog superb.
_______________________________________________
Yang Arif, izinkan saya meneruskan lagi hujah saya yang panjang lebar ni
iklan hang tu ha!! mata aku berpinar2 tengok iklan tu. tengok atas header ade gak. bawah header ade gak? hang saiko aku suh klik ke hape? ce susun elok2 sket. aku tau iklan ni ade kepentingan dia. walaupun aku mang tak paham pasal iklan, traffik, seo and yang same masa dengannya. aku taknak cakap banyak2 pasal iklan ni. kang aku salah cakap,aku yang kene bantai gelak dek blogger lain.
-one more,aku jeles sebab blog aku takde iklan. hehe. macam tak meriah je.
___________________________________________________________
Yang Arif, walaupun saya dah penat berhujah,namun saya tetap teruskan demi menjayakan misi unggul saya ke Marikh.
okeh lets proceed
ayat yang bagus. betapa bagusnye beliau menggunakan ayat bahasa melayu sepenuhnye di sini. kalau aku jadi cg BM beliau mau nanges terharu dow. tak sia2 ajar. er..walaupun aku tergelak bace ayat ni. ayat nampak skema tapi bak kate orang, martabatkan Bahasa melayu kita. tak gitu? bahasa jiwa bangsa. gudjob AF.
_____________________________________________________
Yang Arif, saya ingin mengemukakan syarat2 yang telah saya penuhi untuk mendakwa beliau.
Yang Arif, saya ingin mengemukakan syarat2 yang telah saya penuhi untuk mendakwa beliau.
cari la sendiri yang mane aku...hehe
dipersilakan peguam dakwa lynn bagi membentangkan hujah beliau pada perbicaraan akan datang.
mekasehh..
mahkamah bersurai.
kepada sape2 yang dah tertido..wake up now.
________________________________
buat AbdulFarique
rasenye entry ni takdelah membina sangat. banyak MENGARUT je. hehe. so takde kot isu nak sentap2 and tacing2 kali nih. saje2 nak meriahkan agi contest ni. aku pun still kene banyak agi belajar pasal dunia blog.
kalau tak menang tak ape
aku terjun dari pokok kelape
*aku main bantai je court trial tu..entah betul ke tak
ma'as salaamah wa ilal liqa'
6 comments
byknye komen :erk
sume tu mengarut2 je kak :hoho
:yes syerah join oo .. thanks 4 join yea .. semoga terbaik ... nantikan keputusannya nanti :DD
fariq:
:fuh
sori bnyak sangat merepek
tq :terharu
bertanding skali bos ite yew. haha. gudluck ! ayt ang mmg hidup mcm yg af nak :)
http://fyapelangi.blogspot.com/2011/08/wordless-wednesday-8.html
aah erk. taw r bdk law. heh.