Thursday, June 27, 2013

somewhere i belong, maybe?

assalamualaikum

followers and readers. kaifa halukum? 

:skodeng

hai semua. saya baru balik dari ekspedisi jelajah planet Pluto. kat sana banyak sangat makanan yang sedap-sedap. dan saya sangat berat hati nak balik ke Bumi. last-last balik jugak. sebab rindu masakan mak.



huhhh? tak kelakar langsung.



macam biasa, setiap kali nak habis semester baru nak update blog. nampak tak gigih belajar kat situ? fiuuu.



tang nak buat introduction, mesti aku termenung dulu. melangut la jugak terkebil-kebil pandang siling taktau nak taip ape. susah tau nak buat introduction ni. ke aku sorang je yang rasa camtu? arghh.

i wanna heal, i wanna feel what i thought was never real
i wanna let go of the pain i've felt so long
erase all the pain till it's gone
i wanna heal, i wanna feel like i'm close to something real
i wanna find something i've wanted all along
somewhere i belong

memang betul la kan, kita pandai taip, kita pandai cakap, kita pandai complaint bla bla bla kat laman social tapi bila nak apply dalam hidup kita, sangatla susah sebenarnya. it was easier said than done. ye dok?

"jangan pandai cakap je. buat. BUAT. nak tengok jadi ke tak"
"depan cakap lain. belakang cakap lain. puihh."
"pesen gini la orang hipokrit"
"lari dari masalah. lariii"
"cakap kat orang, dia pun sama"

aku terfikir. nak expresskan something tu kadang-kadang ada benda yang kita kena consider. kalau kita cakap gitu, si A terasa. kalau kita cakap gini, si B tak puas hati. kalau cakap gitu gini, si C berdendam then cakap belakang. sebar sana sini. bagus. kita duk fikir nak jaga perasaan orang, tapi orang nak tak jaga perasaan kita?

takpelah. perasaan aku sendiri, aku boleh jaga. biarkan aku menjaga, perasaan ini ohhh~


ya-haa! 

apa yang aku dah lalui untuk sem ni, rasanya tak perlu la aku nak jelaskan apa yang berlaku sebenarnya. tak perlu la aku nak argue yang aku ni di pihak jalan yang lurus atau senget. quit bluffing around to explain the truth. people won't hear it anymore. just shut up and face it. reflecting yourself.

aku sendiri pun tak jangka. benda dah nak jadi. benda yang remeh last last jadi isu sampai aku pun dah malas nak handle. tengok tu, lari dari masalah lagi. typical syera.


:lari
run baby run, far far away. until they can't catch you.




SORRY. MINTAK MAAF.

sampai satu tahap aku rasa perkataan ni macam dah takde makna. it's not about sincerity ke apa. kita bukan boleh tau isi hati orang. tapi kalau mintak maaf. pastu buat balik. maaf lagi. pastu ulang benda sama. mintak maaf lagi. then, rutin yang sama berulang. can you stop this drama please? penat la gini. dahla aku tak reti berdrama. watak bidan terjun je mampu.

dan tolong, jangan gunakan 'setiap manusia tu tak lari dari kesalahan' hanya untuk backup kesalahan kita yang berulang sampai orang pun rasa nak humban kau dalam loji. ke sanggup nak terjun dengan rela hati? silakan. kita kan belajar dari kesalahan, muhasabah diri, tapi kalau duk ulang salah yang sama, tu maknanya tak insof lagi la tu. wahaa.


kadang-kadang bila timbul satu konflik, aku sangatla susah nak mintak maaf. ego yang buat aku rasa bukan salah aku, kenapa nak mintak maaf? dia yang start dulu. dia yang cari pasal dulu. and i end up as a person that should be blamed for everything. that despicable part of me. watak budak jahat. watak budak kerek. piuupiuuu.

"kau ego"
"kau rasa kalau kau mintak maaf, kau kalah"
"mintak maaflah. baru setel"
"nampak baik tapi tapi...."
"dia yang salah. tapi dia taknak bertanggungjawab"
"sesungguhnya mintak maaf itu penyambung semula tali silaturrahim.. maka.."
"kita ni hidup bermasyarakat....."

dan bla bla bla

lain orang, lain caranya. mintak maaf aku dengan cara aku sendiri. payah betul jadi camni. kahkah. aku lagi suka kalau expresskan mintak maaf aku dengan perbuatan. kalau aku senyum, bertegur sapa macam biasa, insof dan tak buat kerja last minit dah, so just get along with it. jangan memandai nak ungkit benda yang dah lepas. aku dahla jenis susah nak lupakan benda pahit gini. nampak je cool rilek macam takde mende. ape orang kate, kuat dendam? payah. sekali orang ungkit balik, doploh kali aku balas balik mengungkit. duhhh. perangai!



macamlah orang lain senang nak lupa apa yang kau dah buat syerah oi. sedar diri sikit. hiks.


untuk awak wahai syerah, sambil tengok cermin untuk pergi kampus ke, or ke mana-mana arah tuju, cerminla sekali perangai awak tu macam mana. sekurangnya kalau nak tegur orang apa yang kita rasa macam tak kena, takdelah nanti hati rabak terluka terpilu bila dapat respond gini,



"cakap depan cermin ke awak?"

nak tegur orang tak perlu jadi perfect, jadi ustaz ke ustazah, cukuplah apa yang kita tegur tu, kita tak buat apa yang ditegur tu. paham dok? ayat berbelit. kalau perangai kita pun camtu, kau rasa orang nak terima dengan senang hati ke? aku pun payah. makin nak menyenyeh ade la.  

kes tu samalah macam situasi kat bawah:

"tak payah nak tabbarruj sangatlah cik kiah" kata joyah sambil meyapu eyeshadow pink setebal 5inci

cik kiah menjeling tajam dengan bulu mata palsunya dan tudung bling blingnya. 

"dia tu tau ke idok ntah ape itu tabarruj"

lain-lain contoh bolehla pikir sendiri.

one more, janganla guna kesalahan yang lepas untuk condemn orang yang nak berubah.

sorry does not fix your past mistake. regretting will do. menyesal? buktikan. win!

bukan nak cari gaduh pun.



p/s : agak berat hati nak melangkah ke sem seterusnya. tapi hidup kena diteruskan. kata kuat? yahaa!


may Allah ease everything :)


:terharu
ma'as salaamah wa ilal liqa'


Syerah Meteora

2 comments

June 29, 2013 at 3:55 PM

Just keep your smile :)

p/s: Here is where u belong. not pluto. *larikk :P

July 4, 2013 at 3:25 AM

keep smiling sister =)

Post a Comment
Copyright © 2012 Reserved To Syerah Meteora
Design By Budak Comel