Friday, November 25, 2011

tak payah susah2 nak jadi cantik

assalamualaikum


readers and followers. kaifa halukum?

hamboih. sejak masuk belajar ni makin ketara kan kemalasan aku nak update blog. erghh!

agak2 ade agi tak orang yang sudi masuk blog ni?


ok tamat.
back to the tittle above.



perempuan memang sinonim ngan kecantikan kan? kalau tak ngadap cermin sehari memang tak sah la kann. takut sangat klu tudung tu berkelepet. takut sangat klu mekap dah cair. haha.

cantik dan kelihatan cantik tu benda yang sama ke? nope. bagi aku lain lah. kenape? meh sini aku nak gitau. untuk ape sebenarnya kita nak jadi cantik? untuk tatapan mata lelaki? tak payahlah. buang masa. bina keyakinan diri? urm. jaga penampilan pun boleh bina keyakinan diri.

semua manusia tu diciptakan cantik. ade rupa yang tersendiri. ikut genetik family masing2 lah. tapi setiap manusia yang diciptakan tu mestilah ade kelebihan yang tersendiri kan. kire bonus la klu ade raut wajah yang menawan. raut wajah ayu. tak perlu kot nak describe camne cantik tu sebab cantik tu kan subjektif? bak kate orang, memang tak sah klu dipandang sekali je. pergi mane2 pun jadi perhatian. ramai yang nak berkenalan. senang dapat kawan.



"perghh. awek tu cun siot."

"untuglaa sape yang dapat awek tu. senyuman dia...mak aihh..."



ade gurls yang rase diri dia tak cantik. oh pleas lahh. janganlah risau. believe me. kita dah diciptakan cantik. belajar untuk terima diri seadanya. bersyukur at least korang ada muka yang perfect. so tak payah main compare2 ni. tak payah nak mekap2 sangat. jadi je diri yang sebenar. tapi janganlah sampai nampak selekeh! kita ni perempuan. so kekemasan tu sangat penting. asalkan sedap mata memandang dah la kan?

kenape nak mekap tebal2 sampai 14 inci? kenape nak pakai tudung lilit2 bagai macam nak terjerut leher? untuk ape? untuk kelihatan cantik? peh. aku tengok bese je. nothing special. tak salah nak pakai mekap. tak salah nak pakai lilit2 pun. but pleas lah. ada batasnye kan. ikutlahh garis panduan syariat. tak susah pun lah!


"perempuan tu bukan cantik sangat pun. tapi ramai lak yang duk usha dia. grr "

"muka dia bese2 je kan. tapi klu senyum, manis je. sejuk mata memandang."

"dia simple je tapi ade something yang special pasal dia"

"tau lah cantik tapi tak payahlahh nak menggedik2!"

kecantikan tu boleh jadi satu bonus. boleh jugak jadi satu musibah kalau disalahgunakan. depends kat kita lahh. tanya iman kita. =)

oh ye. aku ade satu cite. ade sorang budak tu. dia tu seorang yang sangat simple. tak pandai pun nak bergaya macam perempuan lain. tapi dia bukan tomboy. tak mainlahh pakai high heel. tak pandai nak buat muka comel time ambik gambar. haha. tapi kan. ade jugak  seorang lelaki yang berkenan kat dia. nak tau ape laki tu buat? laki tu jumpa terus parent dia. alhamdulillah. tunggu masa je kot nak disambungkan ikatan. =D

see?



kecantikan tak semestinya menjamin yang jodoh tu sentiasa ada. setiap perempuan tu ade kecantikan yang tersendiri even dia tak termasuk dalam kategori cantik pada pandangan orang lain. tak cantik pada pandangan manusia pun takpe. usahalah untuk jadi cantik pada pandangan Allah. cantik dengan akhlak dan taqwa. yakin pada diri anda sendiri.

biarlah kita tak pandai bergaya pun. biarlah kita dikatakan tak up-to-date pun. biarlah kita dikatakan tak cantik pun.




KITA TETAP CANTIK
pada mereka yang memandang dengan mata hati
tak berlandaskan nafsu semata2
pada mereka yang halal untuk memandang kita
lagi cantik jika
kita touch-up kan iman dan peribadi kita
dengan memelihara syariat
=)

*good looking give u everything, but personality captured one heart.


ma'as salaamah wa ilal liqa'


Syerah Meteora

30 comments

November 25, 2011 at 1:06 AM

kecantikan dalaman lebih penting...so cuba cantikkan dalaman dan secara semulajadi luaran kita pun ada cantik....

November 25, 2011 at 1:11 AM

like, kalau luar cantik , dalam x cantik x da guna jugak. ^^

November 25, 2011 at 1:59 AM

cs

yup! tu yang syerah maksudkan. huuu

kalau personaliti kita baik, orang akan pndang kita cantik gak.

cantik akhlak =)

November 25, 2011 at 2:00 AM

kira kekuri

yeah! absolutely. orang dah tak pandang cantik klu perangai tak cantik =)

November 25, 2011 at 10:34 AM

syerah,adakah entry ni utk reyn yg x cantik n x pandai bergaya ni?:ohno

bhaha..guro2...suka entry syerah kali ni..
dan memang untung pompuan tu sbb laki tu pegi jumpa mak ayah terus,tak perlu kapel bagai tp terus menjalinkan hubungan yg halal..
Sebagai seorang perempuan,wajiblah jaga keterampiln tapi jgn over sgt.biasa2 sudah..
Niatkan apa yang kita pakai adalah kerna Allah,kita mesti pikir 'apa pandangan Allah pada aku kalau aku pakai camni2'....

doakan diri sentiasa dalam lindungan Allah,dan jauh dari segala maksiat...aminnn...
^_^

November 25, 2011 at 10:52 AM

cantik dalaman tu penting
cantik luaran tu bonus
:-)

November 25, 2011 at 11:13 AM

wahh. suke nye dgn entry ni.. tu lah.. kadang2 ade pikir jugak.. knape aku ni tak cantik macam si polan dan si polan.. tapi, knape kita nak rasa macam tu? Allah dah jd kan sume manusia cantik. dan ada kelebihan masing2.. :)

November 25, 2011 at 11:58 AM

reyn

reyn tak cantik n xbergaya? tipu! haha :lari

yup. tak kesah la klu orang kate fesyen kita ni ketinggalan zaman. asalkan terjaga apa yang patut =)

amin. moga kita sentiasa terpelihara. =)

November 25, 2011 at 12:00 PM

hans

cantik luaran tu memang bonus. plus dalaman cantik, sempurnalah seorang pmpuan tu =)

November 25, 2011 at 12:01 PM

cik mata kuyu

thanks. =)

dulu selalu gak pikir camtu. tapi kita ade kelebihan masing2.

mungkin kita akan nampak cantik pada sesorang yang halal bagi kita

=D

November 25, 2011 at 2:20 PM

panjangnye penerangan die tentang cantik. eheee.

cantik ni sebenanye subjektif sgt. kdg2 org tu make-up bagai, org kate cantik, tp ade jgk yg kate x cantik pun. haa sebenanye tiap org x semestinye pandangan die same ngn org lain. wahh cite yg nak tggu ikatan disambung tu. sweet jeh. hehe

November 25, 2011 at 8:02 PM

cantik di luar tdk menjamin cntik di dlam

November 25, 2011 at 8:20 PM

silah honeydew addict

a'ah. pandangan orang lain2. tapi bagi aku simple2 dahla. tak payah lebih2 sangat. huu~

=)

November 25, 2011 at 8:22 PM

nyamuk terbang

yeah! yang penting cantik dalaman kan?

=D

November 25, 2011 at 9:12 PM

Assalamualaikum syerah..
entry ini mmg terbaik..tq bg nasihat...tq kongsi ilmu dan pendapat...5star..good entry..

November 25, 2011 at 11:35 PM

kak ct

waalaikumussalam

same2 kak ct. huu. ni main taip je.

5star? :terharu

November 26, 2011 at 7:07 AM

tu gambar syerah ke :baby

ayat last skali tu maksud dia ape ek?

November 26, 2011 at 9:53 AM

kecantikkan iman menyerlahkan kecantikkan dalaman..
kecaktikkan dalaman menyerlahkan kecantikkan wajah.
tak perlu susah payah nak mekap,just perlu mekapkan didri kita dengan air wuduk dan doa je kan..
kalau kita baik,isyaALLAH luaran juga turur baik..
tapi noona bukan orang sebaik itu even noona telah berusaha ke arah itu.^^

November 26, 2011 at 12:24 PM

ehem2..
amboi..pndai dah ko bermadah ek skrg..
:nah

btol2..
kalau dlm xcntik,cantik mcmne muke pn,tetap xcntik gak..
kecntikan tu lahir dri dlm..trus terpancar ke luar.. :P

November 26, 2011 at 7:37 PM

cantik orang tak pakai tudung , cantik lagi orang yang pakai tudung
:)

November 27, 2011 at 10:33 AM

bersederhana sudah kan...

November 29, 2011 at 5:12 PM

wow.. a nice entry. like it ;)

November 30, 2011 at 9:39 PM

kyo

haihh. bukanlah. huu~

err. malu laa nak explain ayat yang last tu. hehe

:lari

November 30, 2011 at 9:40 PM

noonaqq

alhamdulillah. tu lah kecantikan yang sebenar.

takpe. sekurangnya kita cube berusaha ke arah kebaikan. =)

November 30, 2011 at 9:42 PM

sha

belajar dari ko lah! wink2. hehe

ehem. yup. tu diaa~

ko pun nak bermadah gak eh. hehe

:kejar

November 30, 2011 at 9:43 PM

onie

yup. bersederhana pun dah boleh serlahkan penampilan kita. klu kena cara.

=)

November 30, 2011 at 9:44 PM

kak mie

hehe. thanks =)

November 30, 2011 at 9:56 PM

nelly

yup. hijab is better ^.^

February 4, 2012 at 1:05 PM

buat apa nmpak cantik tp prangai buruk..
lgypun kecantikan luaran ta kekal lama..
bila2 ALLAH boleyh tarik blik

February 14, 2012 at 11:17 PM

kann , semua org ada kecantikan yg tersendiri T_T

Ciptaan Allah tu sempurna :)

Post a Comment
Copyright © 2012 Reserved To Syerah Meteora
Design By Budak Comel